SELAMAT DATANG

Ahad, 21 Februari 2010

Si Tunggang Langgang

Kilat sambung menyambung,Guruh berdentum seolah-olah ingin jatuh ke bumi,Angin bertiup kencang seolah ingin memporak perandakan bumi,Laut berkocak umpama seorang berpenyakit pakinson memegang secawan air.Maka bertukar batu si tanggang yang derhaka kepada ibunya dan kapalnya karam di laut.Begitulah penamat cerita si tanggang yg derhaka kepada ibunya.Penangan doa seorang ibu sampai boleh tenggelamkan kapal.Fuyoo...hebat sungguhkan.Aku tak tahula cerita tersebut betul ataupun tidak kan tapi cerita tu bagus sebagai pengajaran kepada anak-anak.

"Zaman-zaman moden ni masih berkesan ke doa seorang ibu?"
soalan ini mak aku bagi pada aku untuk aku jawab dan aku dengan confident level yang tinggi pun menjawab:-
" mestilah jadi mak..doa seorang ibu kan sentiasa jadi sampai bila-bila ,Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”."

confident habis aku jawab soalan emak aku.Emak aku hanya tersenyum.Aku tak tahu la pasal apa emak aku senyum.Pernah tak korang dapat email pasal manusia bertukar jadi haiwan tu?

1) Seorang wanita yang di katakan di sumpah menjadi ikan pari

Ramai betul yang percaya tentang hal tersebut kerana ikan pari tu ada rupa manusia kan?Aku seperti biasa heavy thinkker jadi tugas aku memikir kebenaran cerita tersebut.Antara soalan yang aku fikir :-
    a) Kalau betul la mak dia sumpah kenapa mak dia nak sumpah jadi pari?kenapa mak dia tak sumpah jadi         emas?boleh jugak jual kan..
    b) Dikatakan girl tu melawan mak dia dan terajang emak dia sebab tu mak dia sumpah jadi ikan                         pari.Kenapa mak dia tak blah je dari rumah tu dan tinggal rumah asing dari anak dia.
    c) Ada tak manusia dalam dunia ni berani cakap bahawa cerita tersebut adalah BENAR?

Setelah aku mengkaji dan membaca (cettt....konon la rajin) akhirnya aku dapat jawapan dari cerita tersebut.Sah memang sah itu bukan sumpahan seorang ibu tp SUMPAHAN DARI ALLAH.memang la kan semua yang terjadi atas kehendaknya.buat gempaq pula aku.ikan pari yang berupa manusia tu di panggil GUITAR FISH

 inilah gambar GUITAR FISH yang menjadi kontrovasi suatu ketika dulu.Ngeri betul aku tengok gambar pari ni,memang ada rupa manusia sikit-sikit la sebab nampak macam mata dan mulut tu kan.So masing-masing ada otak kan,korang nilai sendiri la dan jangan biarkan orang perbodohkan korang sesuka hati mereka.Abang ni post slumber je macam tak ada perasan je.hik hik hik.


 2) Ini di sumpah kerana melarikan diri dari rumah.

Aku tak tahu la korang pernah dengar atau tak cerita manusia yang di sumpah jadi monyet kerana dia lari dari rumah,katanya tak suka di kongkong oleh parent.Kepada yang ingin lari dari rumah tu baik fikir betul-betul siapa lagi yang mampu tegur korang tentang baik dan buruk sesuatu perkara yang korang buat selain daripada ahli keluarga korang.fikir betul-betul jangan terlalu ikut perasaan darah tak berapa muda morang tu k.Jadi marilah kita sama-sama saksikan rupa orang kena sumpah jadi beruk tu.

Sama-samalah kita berdoa semoga kita tak tergolong dari golongan anak derhaka k.Setiap kali aku tengok gambar ni guling-guling aku ketawa.Naya betul kat monyet tu.hak hak hak hak hak hak














p/s Hargai ibu ayah kita sementara mereka masih ada.

MAAF ANDAI TERKASAR BAHASA YANG DI GUNAKAN.
-SYUKRAN-

Rabu, 17 Februari 2010

Mengawan Time

Semalam aku menonton di televisyen sebuah dokumentari.Lepas tu terlintas dalam kepala hotak aku yang sentiasa memikir ni tentang cuti sekolah.Korang perasan tak kalau musim cuti-cuti sekolah kan banyak betul undangan kenduri kahwin kan.Lepas sorang-sorang lagi kawan aku kahwin...Alhamdullilah..makin banyak masjid di dirikan kat malaysia ni.Boleh di katakan time cuti sekolah = musim mengawan.hik hik hik.

Sekarang kita patah balik ke cerita dokumentari tadi,tajuk gempaq astro betul "DYING FOR LOVE" menarik sangat,aku mula-mula ingat kisah manusia bodoh yang bunuh diri,aku pun dengan keropok sebakul (agak melampau lak pembilang aku tu) aku mengunyah sambil tunggu apa yang akan di paparkkan.Sekali keluar haiwan-haiwan yang mengawan sampai mati.pergh...!!!! aku tak pernah tahu,mengawan pun boleh mati.Antara haiwan yang sanggup mati masa mengawan adalah :-

 1) kala jengking


Langkah pertama kala jengking jantan akan usyar kala jengking betina tu dalam seminggu.Selepas alamat di ketahui dan satus single(tak kisah la dara @ janda) hik hik hik Then kala jengking jantan akan ajak kala jengking betina tu keluar.Kala jengking ni akan pergi rumah kala jengking betina tu.Fuyoo...gentlement tu.Kemudian kala jengking jantan akan mengajak kala jengking betina menari..tararam...tataram..tataram...masa tu maybe sesi penyesuaian la kot,Kemudian kala jengking jantan akan membawa kala jengking betina ke satu kawasan yang sunyi ,yang mana kala jengking jantan sudah pun melepaskan spermanya di kawasan tersebut.Bijak-bijak.Kala jengking ini akan mengawan di kawasan yang telah di tandakan oleh kala jengking jantan.Apa kaitannya dengan DYING FOR LOVE??ha...Perhatian!!! jika kala jengking jantan tidak berjaya memujuk sang betina ke tempat yang kala jantan tu dah cop tadi maka kala jantan akan di bunuh oleh kala betina.wawawawa..Means kala jantan perlu bersedia untuk mendapat maut.Dahsyat betul la.Yang best kalau kala jantan berjaya maka kala betina tu milik dia untuk selamanya kerana kala betina ni setia pada yang satu!!

2) Ikan jerung

Kita semua tahu yang ikan jerung ni sangat ganas dan kita akan membayangkan keganasan yang di lakukan ketika mengawan kan?ya..tepat sekali,haiwan ini sangat ganas tetapi bukanlah pada waktu mengawan kerana haiwan ini sangat manja ketika mengawan.hik hik hik.betul la cakap orang "Don't judge a book by it's cover".Shark betina akan membuat aksi-aksi menarik depan shark jantan (macam GRO la lebih kurang),kemudia si jantan akan mengikut si betina dan si betina akan lari ala-ala gadis malayu yang malu ketika di risik orang.hahahaha...Biasa la jantan mesti akan kejar dengan lebih laju,kemudian bila si jantan dapat kejar si betina,si jantan menggigit sirip paketoral(sirip yang di gunakan untuk menujah air)dan masa itu si betina akan meronta-ronta sekuat hati.(dah macam aksi rogol dah) shark jantan kena tarik shark betina hingga mencecah dasar laut baru la si betina akan tunduk pada si jantan.(masa ni aku tengok macam smackdown dah) hik hik hik.Sekiranya shark jantan tidak berjaya mengalahkan betina maka si jantan akan di serbu oleh shark jantan yang lain namun jika menang, shark jantan tersebut dapat lakukan apa sahaja ke atas si betina.Maknanya shark jantan perlu bersedia untuk di belasah oleh shark lain.Mengagumkan dan sangat menarik.

3) Labah-labah

 Seterusnya labah-labah.Seperti yang kita tahu bahawa labah-labah pernah menyelamatkan Nabi Muhammad s.a.w ketika baginda di burui musuh.Masa baginda masuk ke gua utnuk menyembunyikan diri Allah telah memerintahkan labah-labah supaya membuat sarang di hadapan pintu gua tersebut.Dari situ kita tahu bahawa labah-labah sentiasa sanggup mengorbankan dirinya untuk yang di sayanginya.Begitu juga ketika proses mengawan.Pernah tak korang melihat rangka labah-labah yang kering?pernah tak korang berfikir kenapa labah-labah mati dalam keadaan begitu?dan sekarang aku ada jawapannya yang agak memeranjatkan aku.semasa mengawan labah-labah jantan akan melayan labah-labah betina seperti permaisuri.Orang putih cakap first class la kan.Labah-labah ni haiwan yang romantik jadi sebelum dia mengawan labah-labah jantan ni akan membelai sang betina kerana dia tahu sang betina akan sakit dan selepas proses mengawan selesai labah-labah jantan akan mengorbankan dirinya kepada labah-labah betina dengan membiarkan dirinya di makan oleh sang betina kerana sang jantan percaya kekasihnya kepenatan.Maksudnya di sini,labah-labah jantan pasti akan mati setelah berasmaradana.Tragis sungguh.Besar pengorbanannya kepada sang kekasih.

Begitulah kisah 3 jenis haiwan yang "DYING FOR LOVE" di sini aku nak selit sikit adegan asmarada sang kura-kura.Ini asmara je tiada pengorbanan untuk mati pun tapi yang melucukan aku kura-kura jantan naik kat atas badan kura-kura betina boleh korang imaging tak betapa lembabnya adegan mereka sehingga mengambil masa 3jam untuk menyelesaikan adegan lucah tu,dengan cengkerangnya lagi lepas tu dengan proses tujahan yang lembab...wakakakaka...

p/s korang jangan jadi macam haiwan k!!!

SYUKRAN

Selasa, 16 Februari 2010

Selamat memulakan pengembaraan bersama aku

Hari ini aku memulakan blog aku.Aku akan cuba berkongsi segala ilmu yang aku memiliki untuk semua yang sudi membaca hasil kerja aku ini.Setiap perkenalan wajiblah di ketahui dengan nama.Nama aku khaizal,aku berasal dari pahang,sebuah negeri yang di kenali sebagai hutan malaysia.Rasa macam nak menyanyi pula
~sungguh indah negeriku pahang darul makmur kaya hasilnya seluruh tumbuhan hidup subur,rakyatnya bersatu hati,giat kerja dan berbakti,sungai pahang pusaka yang bersejarah~
aku tak ingat semua dan aku rasa lirik ni pun ada sedikit salah.hehehehe...sorry la aku bukan penyayi @ penulis lirik.atlease aku ingat jugak lagu koir aku time sekolah dulu-dulu.Aku akan update ceita atau ilmu yang aku ada nanti.mungkin juga yang ada kaitan dengan hidup aku.lain kali kita berjumpa lagi.

SYUKRAN