SELAMAT DATANG

Ahad, 28 Mac 2010

HARI YANG INDAH---------->Shaliza yang tulis

28/03/2010 (AHAD)

pagi yang indah awal-awal pagi aku wat tudung salji yang org tempah untuk di hantar dalam pkl10 pagi kemudian pkl10.00 pagi aku kasi jebon (kucing aku) makan ubat kk(panadol)..ini khaizal yang ajar tapi bukan bagi sebijik tapi suku je(panadol tu belah 4) coz jebon kecik lagi.pastu aku mandi dan ke pekan sari.kira dating la jugak dengan si  khaizal tu.pastu aku beli burger 9biji,goreng pisang rm2,tembikai rm4.50 pastu air tebu dan cendol.aku jumpa la mamat ikan yang selalu kacau aku tu.aku saje je bawa khaizal lalu 2kali kat tempat ikan tu.nganjing dgn mamat gatal tu,mamat tu pandang2 je aku,terasa jahat diriku ini.sebelum tu khaizal kenalkan aku dgn sorang gurl..aku pun xkenal sape gurl tu tp cantik la.hehehehe.jeles???xjeles pun…..lau jeles aku bgtau si khaizal dah.huhuhu.

lepas tu si khaizal tu datang rumah aku pastu aku cakap la sian jebon demam..lau ada ayah mesti ayah kasi minum air kelapa,tak sangka plak si khaizal tu nak cari kelapa muda gak.hadoila…..aku pun try cari galah dulu tp hampa la.then si khaizal yang degil ni nak panjat pokok kelapa tu…aku membebel giler2 punyer..ada kew nak panjat pokok kelapa yang tinggi tu…ei…aku pun terus lari dalam rumah dengan harapan dia pun akan ikut tp rupanya dia panjat jugak n taufiq temankan.ei…entah hape2 entah.

Setengah jam kemudian dia naik dan taufiq ambik minyak angin,aku pelik la then aku jenguk kat luar tgk si khaizal tgh basuh tgn dia…bapak banyak luka…budget kuat la mamat tu.geram giler…aku mula nak hangin..inilah akibat org keras kepala…..sian n risau sebenarnya.aku paksa gak dia sapu gamat…niat nak sapukan tp belum masanya aku nak wat itu semua even dalam hati emang nak wat.isk isk isk.mak potong tembikai pastu kami mkn tembikai then aku panaskan mee goreng utk khaizal n seperti biasa dia akn ikut aku ke dapur untuk membantu aku..sweetkan dia tu..emang sweet pun…tambah2 lau senyum lagila sweet..cair2….pastu dah siap panaskan kami pun mkn kat depan(ruang tamu)..kat ruang tamu,khaizal mkn mee goreng pastu aku mkn burger.pastu tetibe khaizal mintak aku tuangkan air..pelik sgt aku rasa coz selalu dia akan tuang sendiri tapi arini dia mintak aku tuangkan..aku pun berfikir maybe tgn dia sakit sangat kot..kesian plak then aku tolong tuangkan.kesian dia.

Tetibe dia cerita kat aku pasal mak dia usap badan dia n say sori coz tak dpt spendtime dgn dia..dia sendiri pelik kenapa mak dia wat cmtu sedangkan dia cakap mk dia tak pernah wat cmtu kat dia sebelum ni pun dan dalam kepala hotak aku pun berfikir..maybe mak dia takut dia akan kehilangan khaizal lepas kawen dgn aku kot sbb tu dia layan khaizal baik cmtu…herm..sedih lak aku rasa macam aku ni jahat plak.aku yang pk jahat then aku yg sedih sendiri..tak masuk akal langsung….wawawa….giler agaknya.tp sebagai tunang emang aku sayang dia tp xda la sampai nak pisahkan dia dengan mak dan dia lebih tahu bahawa syurga dia bawah telapak kaki mak dia,aku pun xnak dia lebihkan aku coz nnt dengan aku2 sekali masuk neraka.hayoyo...

petang pkl3 dia datang semula rumah aku.kami lepak kat kedai ABC depan rumah aku.aku belanja dia mkn rojak.asyik dia je belanja aku sekali ni biarlah aku belanja dia plak.mknla kami dgn rojak dan abc.pastu balik.

Dalam rumah aku mak aku tgk wat bakul telor guna surat khabar tu,apalagi si khaizal ni terus duduk n gulung kertas untuk mak aku,dia kena ada tenik tapi aku memang tak pandai..bukan tak mau cuba tapi lau xjadi aku mudah hangin.si khaizal ni buat sampai jadi bijak betul dia tu,hati terang coz cepat paham apa org ajar..

sebelum dia dtg rumah aku,aku dh bungkuskan dia ikan pekasam dengan kelubi..aku bungkus sediri je mula2 pastu emak dtg  tolong bungkuskan jugak...baik betul mak aku ingt kat bakal menantu dia ni.

oklah...sampai sini je..aku hepi dapat tunang macam khaizal..dia tegas dalam lembut..tegur dgn perbuatan dan bukan perkataan..erk..maksud aku dia tu takda la pukul2 tp dia akn tunjukkan aku contoh yang baik..terima kasih ya Allah kerana Engkau membaeri aku seorg lelaki yang sangat2 sempurna di mataku dan seterusnya menjadi pelengkap hidupku.terima kasih
MAAF ANDAI TERKASAR BAHASA YANG DI GUNAKAN.
-SYUKRAN-

Khamis, 25 Mac 2010

NAJIS

Najis ni terbahagi kepada 3 bahagian:-

1)najis mukhaffah (najis ringan)
-air kencing baby lelaki umur tak lebih 2 tahun baby girl xboleh yer.(yg hanyak mengopek(bhs ganu) ibu tanpa makanan lain)
-Cara nak cuci ambik air pastu renjis kat tempat kencing tu.
-cara menyucikan ni di dapati sewaktu nabi muhammad tgh riba sorang baby laki tetiba nabi rasa basah jer(baby kencing) pastu nabi mintak la air secawan,nabi celup tgn dia pastu renjis kat tempat kena air kencing tu.

2)najis mutawasitah (najis sederhana)
-semua jenis najis kecuali dalam kategori najis ringan dan berat.
-cara cuci ambik air pastu basuh sehingga hilang bau,warna dan rasa.
-dadah,candu itu semua bukan najis.sah di bawa waktu solat..tapi klau arak bila terkena pada baju wajib basuh.

3)najis mukhallazah(najis berat)
-babi dan anjing sahaja
-cara cuci sekali dengan air tanah pastu 6 kali air biasa.
-kalau binatang tu kencing kat tanah cukuplah dgn air bersih sebaldi jer. 
**air tanah ni air yg di bancuh dgn tanah yg suci sehingga keruh air tersebut.**

MAAF ANDAI TERKASAR BAHASA YANG DI GUNAKAN.
-SYUKRAN-

Rabu, 3 Mac 2010

Kemunculan DAJJAL

 Baca doa ni dulu :-
"Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada siksa api neraka jahanam dan dari siksa kubur dan dari ujian dalam kehidupan dan ujian setelah mati dan juga aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan fitnah al-masih ad-dajjal"     (H.R. MUSLIM)

Terdapat 3 fahaman tentang dajjal :-

PERTAMA
Mereka beriman dan yakin dengan semua yang di janjikan oleg rasullulah tentang dajjal.Dajjal adalah manusia keturunan adam yang di beri sedikit keluarbiasaan yang menjadi hak Allah.

KEDUA
Mereka yang terkena tempias fitnah syubhat dan virus rasionalisme.Maksudnya dajjal ini hanyalah simbol kejahatan, lambang kezaliman.Dajjal hanya perlakuan jahat oleh manusia.

KETIGA
Dajjal adalah makhluk besar yang bermata satu dan bertanduk, mempunyai perut buncit tanpa pakian dan kuku yang panjang dan runcing.Menghancurkan semua benda di bumi hanya dengan anggota badannya.

GAMBAR : BEGHAWAN SHRI SATYA SAI BABA

 
 GAMBAR : BEGHAWAN SHRI SATYA SAI BABA
Dia dijuluki sebagai sang avatar ; penjelmaan tuhan penguasa alam semesta yang menitis pada tubuhnya.
ciri-ciri beghawan shri satya sai baba:-
 1) dia seorang lelaki kribo
2) berbadan gempal
3) berpakaian berwarna merah
4) berasal dari KHURASAN 
5) pengikutnya berkata dia berkemampuan menyembuhkan orang lumpuh,buta dan kaser bahkan boleh menghidupkan orang mati serta boleh menurunkan hujan hanya dengan jari telunjuk(macam-macam lagi la)

sai baba mengaku sebagai manusia bijak yang mengajak orang buat baik dan dia nak tegakkan kebenaran dan  menentang kejahatan (macam power rangers).Kadang kadang datang angin meroyan dia cakap dia al-masih yang di janjikan dan kadang-kadang dia cakap dia tuhan penguasa alam semesta.(kalau aku jadi pengikut dia aku mesti suruh dia cipta bumi satu lagi sebab bumi ni dah tua dah pastu pindahkan semua penduduk bumi ni.mesti ketar-ketar terkencing dia nak buat tu semua.)wawawawawa.

sai baba "menciptakan" vibbuti (tepung suci) dari udara,peristiwa ini adlaha kejadian hari-hari yang selalu di saksikan oleh ribuan jemaahnya.Tepung suci itu untuk perubatan biasanya di masak dan di jadikan seperti roti @ bubur.Tepung tersebut tidak henti-henti keluar sampai terbentuk seperti bukit. 

Sai baba datang dengan ajaran yang sangat kental dengan teologi yahudi.

kata-kata sai baba kepada pengikutnya :- 

panggilah aku dengan nama kalian sukai akulah krishna, akulah Allah dan akulah al masih!!

Tuhan harus bermanifestasi sebagai manusia, bergerak di antara orang-orang supaya di dengarkan, di kontak, di cintai, di turuti kata-katanya dan di hargai.Dia harus berbicara dalam bahasa manusia dan bertingkah laku sebagai manusia.kalau tidak, dia kan di sangkal, tidak di pedulikan, di takuti @ bahkan di hindari.

apa yang di kehendaki harus terjadi, apa yang kurencanakan harus berhasil.akulah kebenaran dan kebenaran tak perlu sangsi, gentar atau tunduk 
 

~mari kita semak dajjal dalam islam~

Rasulullah bersabda :-
"wahai sekalian manusia!sesungguhnya tidak ada fitnah di muka bumi ini semenjak Allah menciptakan keturunan adam yang lebih besar sari fitnah dajjal.sesungguhnya Allah tidak mengutuskan seorang nabi,melainkan telah memperingatkan kaumnya akn fitnah dajjal." (H.R. BUKHARI)

Di awal kemunculannya, dajjal berkata ; aku adalah nabi,padahal tidak ada nabi setelahku.Kemudian ia memuji dirnya sambil berkata "aku adalah Rabb kalian padahal kalian tidak dapat melihat rabb kalian sehingga kalian mati (HR Ibnu Majah (11/512-516)

"Dajjal adalah seornag laki-laki yang gemuk, berkulit merah dan berambut kerinting....(HR Bukhari dan Muslim)

"Dajjal akan keluar dari bumi ini di bahagian timur yang bernama khurasan "(HR TIRMIDZI)

"dan di antar bentuk fitnahnya,ia memiliki......dan gunung roti(tepung)"(HR. AHMAD DALAM AL MUSNAD,HANBAL BIN ISHAQ DALAM AL FITAN DAN ATH THABRANI DARI IBNU UMAR Ra.)  

PERSOALANNYA
*Akankah ia menjadi calon pemimpin yahudi akhir zaman?
*benarkah dia dajjal yang di janjikan kemunculannya dari khurasan?
*benarkah ia isyarat akan datangnya al mahdi yang di janjikan?
seperti apakah kedahsyatan fitnah dan syubhat yang di bawa oleg sai abab sehingga puluhan juta manusia tenggelam dalam jeratnya?

MAAF ANDAI TERKASAR BAHASA YANG DI GUNAKAN.
-SYUKRAN-