SELAMAT DATANG

Isnin, 12 Julai 2010

CARA DOA YG POWER



 Cara Menadah Tangan/ Berdoa Yang Betul

Doa senjata orang mukmin. Pelbagai cara orang menadah tangan ketika berdoa.Kaedah yang baik dan tampak sopan ketika bermunajat dengan allah SWT adalah lambang kesungguhan, lambang penuh pengharapan kita kepada Khalik.

Pada tapak tangan kita ada banyak lambang kebesaran dan kemuliaan Allah SWT termasuk 99 nama Allah
.
http://4.bp.blogspot.com/_ea5PJyN_6ck/Sy8nLrHki8I/AAAAAAAAASM/AOv0wELYhsA/s400/doabetul01.jpg

http://3.bp.blogspot.com/_ea5PJyN_6ck/Sy8nLNjJfZI/AAAAAAAAASE/CGNVUhNabk0/s400/doabetul02.jpg
Kita akan nampak urat tangan kanan dan kiri bercantum seakan membentuk sampan. "Apabila urat tangan itu bertemu ia akan menjadi hufur 'ba' . Titik 'ba' letak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap huruf hijaiah di dalam Al-Quran Allah perintahkan satu malaikat menjaganya.Maka malaikat yang menjaga hufur 'ba' bernama 'Har Hayaail'. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus mengadap Allah SWT tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan" .

3. Duduklah dalam keadaan iftirasy dan duduk tahayat akhir.Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar.
 

DOA SENJATA ORANG MUKMIN…. BERIKUT ADA PANDUAN TATA CARA BERDOA IAITU:

1)       ANGKAT TANGAN KE PARAS DADA
2)       RAPATKAN KEDUA-DUA BELAH TAPAK TANGAN
3) “APABILA URAT TANGAN BERTEMU IA AKAN MENJADI SEPERTI HURUF BA  
ب  
TITIK BA TERLETAK DI HATI KITA. KEDUDUKANNYA RENDAH DARI TANGAN YG KITA TADAH. SETIAP HURUH HIJAIAH DIDALAM AL QURAN ADA MALAIKAT YANG MENJAGANYA. HURUF BA DIJAGA OLEH MALAIKAT BERNAMA ‘HAR HAYAAIL’. MALAIKAT INI AKAN MENGANGKAT DOA KITA TERUS MENGHADAP ALLAH TANPA SEBARANG PERANTARA. OLEH ITU BERDOA BERSUNGGUH-SUNGGUH DENGAN PENUH PENGHARAPAN. 
 4)       DUDUKLAH DALAM KEADAAN SOPAN SEPERTI DUDUK IFTIRASY DAN DUDUK TAHIYAT AKHIR. JIKA BERDIRI TEGAKKAN BADAN BETUL-BETUL DAN JANGAN MENYANDAR / BERSANDAR.  
5)       SEPANJANG BERDOA, BANYAKKAN MEMUJI KEBESARAN ALLAH DAN MENYEBUT NAMA-NAMA ALLAH YANG LAIN YANG BERSESUAIAN DENGAN KEPERLUAN DOA KITA PADA MASA ITU. CTHNYA… JIKA BERDOA MOHON DIPERMUDAHKAN REZEKI, SEBUTLAH NAMA ALLAH AR-RAZAQ DAN DISUSULI JUGA DENGAN BERSALAWAT NABI SAW
6)       BERDOALAH BERSUNGGUH-SUNGGUH DARI HATI. GUNALAH BAHASA YG DAPAT DIFAHAMI KERANA ALLAH MAHA PENGASIH DAN SANGAT MEMAHAMI DAN MENDENGAR SEGALA BICARA TULUS HAMBA-HAMBANYA
7)       AJARKANLAH ADAB BERDOA KEPADA SELURUH AHLI KELUARGA SEDARI USIA KECIL KERANA INSYA ALLAH IA AKAN DAPAT MEMBENTUK PERIBADI BAIK DALAM KEHIDUPAN.

WALLAHU’ALAM…….. USTAZ ABDULLAH MAHMUD….
 
 




MAAF ANDAI TERKASAR BAHASA YANG DI GUNAKAN. -SYUKRAN-

Jumaat, 9 Julai 2010

SURAT PUTUS URAT PERUT

surat chenta tahap cipan mengandung

Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya
dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika
nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama
molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali
perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan
shahdu.

Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub, penguin,
kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut
dan pasu bunga.Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku
umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan.
Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet
Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan
seluruh penternak lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur
sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998.

Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah
secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan aku
menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut.
Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai
langkah keselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah
terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke
ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi
berfungsi setelahaku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan
hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita
bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan
stlagmit yang bagai sembilu.

Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipas
helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata
sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1
ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila
terserempak dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diri
ini tidak diperlukan lagi.

Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik
untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada
tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung di
dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku
cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu,
tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah
empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.

Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa
setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku
sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan
terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas
belakangku. Derita yang kautimpakan itu adalah bebanan yang terlalu
berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor
anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku
terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar
Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis
pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat
dugaan yang kutempuhi kini.

Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya
insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan McGyver, McDonald's,
Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti
yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan
kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi
telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun
luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah
pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk
dibuat makanan lembu.

Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini
aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada
kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar
Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap
menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan. Namun aku menyedari
bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil
keputusan mektamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku
berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya
kepadamu. Nak tak?



MAAF ANDAI TERKASAR BAHASA YANG DI GUNAKAN. -SYUKRAN-

Khamis, 8 Julai 2010

Dialah Orangnya

Aku tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, 

tetapi aku mencari seorang teman pendamping hidupku hingga ke akhir hayatku. 

Seorang yang boleh mengingatkan aku kiranya aku terlupa, 

dan yang paling penting wanita yang amat aku percayai untuk mendidik anak-anakku kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. 

Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi aku telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidupku 

dan dialah orangnya.

MAAF ANDAI TERKASAR BAHASA YANG DI GUNAKAN. -SYUKRAN-

Selasa, 22 Jun 2010

Pompuan ni untuk kenduri

"wei..mlm ni member aku menang racing dow....dapat gurl sorang.....member aku cakap nak share boleh je tp dia lead r...giler babai..aku xpernah try ag,rasa cam nak try..boleh x?"

giler babi aku cakap kat dia....
lau dia wat emang aku xkan kawan dia sampai bila2....
aku xsuka la wei....
knp meletakkan martabat seorg wanita di bawah bumi...
aku sedih r....
boleh lak dia mintak permission aku..
aku apew lagi terus kol...

"yang ko giler bangang sgt knp?asal kena tny aku lak...babi sungguh r member2 ko tu..lau ko termasuk golongan babi tu ko wat r" 

entah knp jauh di sudut hati aku..aku sedih n pedih....
knp mereka memperlakukan wanita dgn sewenangnyer..
bukankah sebagai pemimpin mereka ptt melindugi wanita dan bukan tolong memusnahkan wanita tu?

"ok2 jgn r emo..sumpah dow aku xwat...sumpah demi Allah..aku balik r ni..lau aku wat gak aku mati k"

then dia balik.....harap2 betul la apa yg dia ckp...
rasa nak sekeh2 pale dia je...
sek baik jauh....
aku dh anggap dia cam adik aku n aku xnak dia jadi jahat gi2....
xsesuai k!!!!


MAAF ANDAI TERKASAR BAHASA YANG DI GUNAKAN. -SYUKRAN-

Khamis, 17 Jun 2010

Apa Mungkin ini terjadi?

Rumit sangat cerita aku ni.....
zalimkah aku kerana menyakiti dan mempermainkan perasaan org....???
Sayang boleh di pupuk.....mampukah aku?
walau apa pun keputusan aku,aku tetap akan menyakiti hati org...
andai aku memilih ady,pasti khaizal terluka...
andai aku memilih khaizal pasti ady akan terluka...
andai aku tidak memilih pasti kami akan terluka....
smlm aku xdapat tido.....
mula2 aku sembang dgn ady....
aku suruh dia meletakkan diri dia di tempat khaizal dan aku....
ady ckp...kalau abg jadi khaizal abg akan mati sebab abang xkan boleh terima andai org yg abg syg dan cinta dgn setulus hati abg tetibe xsyg dan cinta abg malah dh jadi tunang abg pun.....
andai abg di tempat ayg....abg akan giler kerana ayg akan terpaksa memilih antara cinta dan air mata.
dan abg sekarang berada di tempat abg, abg akan berusaha mencari cahaya untuk kita.

agongkah cinta dia pada aku.dan aku bersembang dgn khaizal tentang bagaimana aku boleh menerima lamaran dia sedangkan aku tak pernah syg dia.(bodoh giler ayat tu).Yea...dia mangsa keadaan...keadaan antara aku dan ady..permainan yg di mulakan oleh kami....mungkinkah jodoh aku dan khaizal kuat???ptt ke dia berusaha untuk terus mempertahankan kesucian hubungan ni?tp bila di fikirkan balik....kerana permainan tu aku bertunang dgn khaizal..mungkin betul dia jodoh aku...apakah aku boleh redha dan melupakan ady setelah aku memilih khaizal?apakah mampu aku melupakan khaizal setelah aku memilih ady??semalam khaizal membuat aku tersenyum...thanks b coz sentiasa bersama ny even ny dh lukai hati b.

ady ader citer pasal ni kat ayah dia smlm...ayah dia nasihatkan dia....ayah dia tahu kalau dia dtg minang aku sekarang mesti org akan salahkan keluarga dia,cam xde agama lak kan p meminang tunangan org.ady ajak aku kahwin lari....(bengong!!ingt aku ni anak patung kew?) tp aku tahu dia serius coz dia dh xnmpk jalan lain untuk bersama aku.Dan aku xmungkin akan setuju sebab aku rasa xsanggup untuk melukai hati khaizal yg tulus dan suci tu.Aku pernah terfikir untuk tukar no telefon sebab aku dh xboleh fikir apa yg terbaik utk diri aku.Aku perlukan ketenangan....Ady cakap...inilah masalah paling besar yg pernah dia hadapi.
khaizal tny aku..apa yg aku mahukan dr hidup aku..tentunyer kebahagian...tp dgn siapa aku tak tahu.kerna aku yakin 2-2 dpt bhgiakan aku.

persoalannya:-
"SIAPAKAH YANG LEBIH LAYAK UNTUK MENDAPATKAN AKU?"ramai yg jawab tunang aku sbb dia tunang..ady tu pakwe je.
rs cam nak giler bila fikir...

MAAF ANDAI TERKASAR BAHASA YANG DI GUNAKAN. -SYUKRAN-

B DAN ABANG

Malam tadi aku nekad utnuk memberitahu khaizal (B) tentang perasaan aku pada dia.Sebelum cakap aku dah nangis dan aku xdapat bayangkan kalau dia akan marah aku dengan perbuatan aku tu.apa perasaan aku kalau aku di tempat dia...knp la bodoh sangat aku ni p cakap aku xde feel kat dia..dia tunang aku k...ples bold it...TUNANG....!!!!entah kenapa aku tak sanggup untuk tipu diri aku dan dia...yes aku syg org lain...dan aku sedia untuk menerima segala kemungkinan.aku suruh dia lepaskan aku.kalau aku kat tempat dia camne??sedih aku pedih....ni msg aku dgn khaizal :-

aku : kita dh makin jauh kn?
khaizal : maybe.so....
aku : awk hepi dgn sy?
khaizal : ntahla...awk mcm mane?
aku : sy xhepi
khaizal : abis tu awk nak mcm ne?
aku : awk xrasa ke pertunangan kita ni 1 kesilapan?
khaizal : xpun sbb kita yg rancang.bley tao pe yg awk mau sebenarnye.awk dh xhepi dgn sy.pe yg ptt sy wat?
aku : sy xcintakan awk.
khaizal : so sape yg awk cintakan 2?
aku : ady....
(hanya air mata yg menemani aku saat ni) 
khaizal : belum terlambat lagi untuk awk bersama dia
(apakah mampu aku bhgia bersama ady???) 
aku : habis awk?
khaizal : sy xpe la.jgn wiso k.
aku : awk syg sy?
khaizal: xpenting dah kot.awk sure nak sy lepaskan awk?
(aku xdpt bayangkan hidup aku lepas ni)----menangis lagi 
aku : awk xsyg sy?
khaizal : syg sy pada awk tak berbelah bahagi.begitu jugak cinta sy pada awk tp xpe sy laki so sy kuat.bila awk sedar semua tu?
(air mata aku berguguran mcm air paip yg dh loose kepalanya) 
aku : sejak kita bertunang
khaizal : awk betul2 mau sy lepaskan awk?
aku : yep..tp bila?
khaizal : ngape tny sy lak?sebolehnyer sy mau selamatkan ikatan ni.seme atas awk.pe yg awk mahukan.jgnla paksa untuk syg dan cintakan s lagi.sy bg permission pd awk utk tentukan.sy reay utk tanggung kesalahan sy pd awk.
(kenapa aku xhargai laki yg baik cmni??bodoh giler aku rasa...penting kew cinta aku tu?) 
aku : knp awk baik sgt pada sy?
khaizal : xdala...awk pun tao sy tetap jantan bukan laki..sy jahat pd awk.
(hyn kerana 1 kesalahan aku meletakkan dia jauh dr hati aku...zalimkah aku?)---menangis lagi 
aku : awk jgn ckp gi2....sy sedih
khaizal : lor ngape g2...xyah la sedih..awk kena hepi.deep in my heart ingin sy jadikan awk is3 sy sebagaimana awk adalah cinta pertama sy.
(dan terus menangis....melukai hati org yg tulus menyintai kita adalah sesuatu yg paling sukar) 
aku  : thanks...sy rasa besalah pada awk
khaizal : isk apew lak....awk xde slh pape la pd sy.Hope sy dpt jd org yg akan sentiasa hepikan awk.boleh kan?
(walaupun di lukai dia masih bersama aku...butakah aku?) 
aku : awk sedih?
khaizal : even sy sedih sy perlu jd orgyg hepikan awk bila awk sedih
(memang aku xdpt tahan air mata aku walau seribu kali aku kesat..ia tetap turun mencurah curah) 
aku : knp pulak?
khaizal : i2 impian sy...sy nak penggil mcm dulu boleh...b n ny
aku : boleh.tq awk
khaizal : tq back.syg ny tao
aku : sy jahat kan awk?
khaizal : lor ngape ckp gi2?xkira ny cmne pn b tetap syg ny
aku : ny nak tido..goodnyte
(bukan aku tido pun...aku merenung apa yg aku lakukan...aku tahu 2-2 syg aku...aku tersepit...memang aku cintakan ady dan aku xdpt bygkan hidup aku tanpa dia...tp aku xsanggup untuk melukai hati khaizal yg terlalu baik pada aku....mak aku selalu pesan...kahwinlah dgn org yg syg kita bukan kita syg org....jahatkah aku????aku perlukan masa utk memikirkan semua ini) 


keesokannya....

aku : morning...camne smlm tido??
khaizal : xlena sgt.yiap kali terjaga b pasti terfikir lepaskan ny.b xnak.tp kiranya 1day demi kebahagian ny.cinta ny.b akan satukan korang.b xnk jd seorg laki yg kejam.even ny adalah owg yg sgt2 bernilai pd b.tq coz sentiasa beri b peluang utk menyintai ny.b akan buktikan 2.

aku terdiam...andai dia tercipta utkku..aku yakin aku tetap akan bhgia dgn dia.

jgn berkata I LOVE U andai kita tak yakin dgn perasaan kita sendiri kerana ianya membawa kehancuran.



MAAF ANDAI TERKASAR BAHASA YANG DI GUNAKAN. -SYUKRAN-

Rabu, 2 Jun 2010

adventure sangat la awak

kami bertolak dari pukul 9 pagi pergi adventure cari air terjun....pkl 11.30 kami sampai kat air terjun semuji/lebih di femeskan dgn nama air terjun berkelah....nak kena daki gunung tu ambik masa 20minit...penat dow...tp sangat berbaloi baloi....


Baju merah yg wat tgn dia 2-2 peace tu : kak jue
yg wat tanduk kat aku tu : abg boyan (pakwe kak ani)
 yg pegang twistes tu lak : aku
yg xpakai baju tu : jeman (adik kitaorg)










 ini jeman....sampai ke hujung dia berenang...memang xadapat la nak wat skill gitu....bahaya sbb tu dia sorang je yg ada kat situ...orang lain pun xberani..berani sungguh anda jeman..tahniah











 gambar aku ni jeman yg ambik,buat kenangan katanya.....jeng2...basah kuyup..masa untuk mkn!!!











 ini aku dan kakju sedang mengumpat tentang org di situ...oh tidak enak rasanya jika tidak mengusyar balak2 hensem di situ...kwang3x







 expidisi kali ni sangat merbahaya dan menyeronokkan...next time inysaAllah ada lagi...TERBAIK DARI LADANG.




MAAF ANDAI TERKASAR BAHASA YANG DI GUNAKAN.
-SYUKRAN-

Isnin, 26 April 2010

Together-gether

25/04/2010

Peristiwa ni berlaku di luar kawalan.....(ayat giler gempaq)
hari ahad bertarikh 25/04/2010 aku teringin nak mkn ikan kukus.....
aku ajak la adik aku cari pucuk ubi tapi diaorg tak nak..banyak songeh lak tu....
sedih giler....
pastu aku msg la tunang aku (khaizal)

aku : b....kawasan umah b ada pucuk ubi x?
khaizal : kat rumah tak da...tp jiran adala kot....

(aku dh tersenyum dh....hehehehe..tp aku kena tunggu ikan kembong balik dulu..takut xde ikan coz skrg kan musim hujan)

aku : ha...ikan dh sampai...boleh x b tolong cari pucuk ubi tu...ny nak wat ikan kukus
khaizal  : ok...lagi setengah jam b sampai ek....
aku : ha ok..lambat pun xpe coz nak bungkus lambat ag...

(sebenarnya aku nak suruh dia cari daun kunyit jugak tp cam menyusahkan dia lak..xsampai hati lor....)

aku pun kupas bawang,halia,lada besar,lada kecik dan lada kering then blander.....tgh2 wat sambal ikan kukus tu khaizal pun sampai bawa pucuk ubi....suka betul aku...aku p ambik daun pisang belakang rumah...hehehehe.....sementara tu, aku goreng la ikan then alang2 khaizal dh datang dia pun tolong la aku masak...ini perangai dia yang aku paling suka...dia suka tolong org..bukan aku je sesiapa je dia suka tolong.sejuk hati.. :P dah siap bungkus aku pun kukus ikan tu.mak n adik aku p kenduri kahwin kawasan rumah so tinggallah aku,nenek atok dan adik2 aku yg macam askar tu kat rumah...khaizal mkn nasi kat rumah aku (suka giler).Selepas siap kami mkn same2....sedap!!!!!!!!!!!!sius xtipu...suak tgk khaizal msk...aku tak tahula dia nak ambik hati aku ke hape tp mmg suka giler tgk dia mkn.kekekeke......
xrancang pun sebenarnya khaizal tu nak mkn rumah aku semuanya secara tak sengaja.kekekekeke...
lepas tu dia bawakan aku kiub yang aku suka untuk di mainkan...aku akan pastikan aku berjaya....
kekekekekekek........



MAAF ANDAI TERKASAR BAHASA YANG DI GUNAKAN. -SYUKRAN-

Isnin, 12 April 2010

MAWAR HITAM - TIPE X

Luka itu memang terlalu berat untukmu
terlalu keras untuk kau rasakan
tak seperti keinginan dan harapan
yang sellalu kau impikan
kau inginkan kau khayalkan
dan kau bayangkan dulu
mesti kau sadari itu

bukan penyesalan yang ada di hati
saat kau yakinkan diri utnuk pergi
coba hadapi semua ini sendiri

dan ternyata keyakinan
tak cukup untuk melawan
kau pun tak mampu bertahan
kini kau mawar penghias malam

kau mawar hitam
harumku kepedihan
kau arungi waktu
si setiap belukar

tapi tetap saja hitam
mesti air mata darah kau curahkan
berat hati rindukan jalan terbaik
untuk tetap berdiri

penyasalan memang selalu menakutkan
tapi itu kenyatan

jangan menangis
meski kau sesali
singkirkan semua
bila kau tak inginkan

nice song n lirik...bagus utk memotivasikan diri sendiri

MAAF ANDAI TERKASAR BAHASA YANG DI GUNAKAN.
-SYUKRAN-

Khamis, 1 April 2010

lawak kew??????

Lawak hari ini tajuknya : Pelancong

Al kisah pada satu hari ada seorang pelancong, dia
menaiki taxi tapi dalam perjalanan dia berkata kepada
pemandu taxi ' Shaya mau two round ' kata pelancong
"ya..ya..ya.." jawab pemandu taxi "Shaya mau two round"
kata pelancong lagi. Lalu pemandu taxi itupun membawa
beliau keliling bandar bagi memenuhi kehendaknya.

Tiba tiba pelancong tadi terkencing dalam kereta.
Pemandu taxi sangat marah "U must tell me first before
U dot..dot..dot.." kata pemandu. "Shaya sudah bilang
shaya mau two round, shaya mau two round tapi kau tidak
kasi two round sama shaya" jawab pelancong.
Pemandu taxi menggeleng kepala. 


Lawak hari ini tajuknya : Mengandung

Orang terlalu ramai dalam bas mini. Naiklah seorang
wanita muda yang sedang mengandung. Lalu dengan sopan
dia berkata kepada seorang lelaki yang sedang duduk di
sebuah kerusi. “Encik, bolehkan bagi saya duduk? Saya
berdiri tak apa, tetapi budak di dalam ni..”. Lelaki tu
pun memberikan tempat duduknya kepada wanita tersebut.

Kemudian lelaki itu pun mengeluar rokok lalu menghisap
rokok, lalu wanita itu berkata, “Encik, boleh ke encik
berhenti merokok. Saya tak apa, tapi budak di dalam
ni..”. Lelaki itu pun dgn tersipu2 membuang putung rokok
tersebut. Tetapi di dalam hati membara, geram betul pada
wanita itu. Dah lah aku terpaksa beri tempat duduk aku,
ni dia boleh tegur aku yang sedang merokok.

Macam mana aku nak pekena dia pula? Tiba2 angin bertiup,
dan terselaklah kain wanita itu, dan nampaklah pangkal
pahanya yang putih melepak, maka dgn spotan lelaki itu
berkata “Cik puan, boleh tak cik puan tutup kain cik
puan. Saya tak apa, tetapi budak di dalam (seluar) ni
tak boleh.


MAAF ANDAI TERKASAR BAHASA YANG DI GUANAKAN.
-SYUKRAN-

Muka dia ada 2!!!!!

Benda apa yang ada 2 muka?
tentu korang semua terfikir...benda2 pelik kan.....
tp bukan tu yg aku nak story kat sini coz aku nak bercakap tentang org yg bermuka muka ni...
geram!!!rimas!!!rasa nak penampar!!!nak muntah!!!! bila berhadapan dengan orang macam ni......
depan kita bukan main baik n puji bukan main melambung tinggi....
tp...hakikatnya di belakang kita bukan main lagi mengeji....
bak diaolog si nabil

"ala jah...meh la turun jah oi...dosa sebakul apa de salah tambah sebakul lagi jah!!!"

ni kisah member2 tempat aku kerja la.Ada la 3 org sahabat baik ni(aku gelar a,b,c),kemana dia pergi mesti bersama...aku pun teringin la nak tahu secret resepi persahabatn diaorg....korek punyer korek punyer korek...aku jumpa 1 artifak yg kurang di kenal pasti..giler korang....dialog diaorg gini (sesi penyiasatan) :-

aku : apa pandangan ko tentang b?
a: entah la b tu...selalu nyusahkan aku...pastu selalu nak control cute padahal tak sedar badan bapak besar...
aku:?????????dalam keadaan terpinga pinga..camne dgn c plak?
a: dia ok je cume lau dgn laki cepat je cairnye....kadang2 naik menyampah dgn lawak bodoh dia tu....

dan begitulah sebaliknya antara mereka.....diaorg saling kutuk mngutuk ant 1 sama lain....tp bila dok kat depan plak saling puji memuji...hadoila......bukan sehari 2 aku kenal diaorg....dah dekat setahun dh ni...sabow je la....yang paling aku xboleh blah bila aku tny si b dan c serentak tentang si a....sakan diaorang kutuk...giler betul...bahaya la dpt member gini pastu rahsia p cerita kat  aku semua....hadoila.....persahabatan apa cm2??aku siasat lagi knp diaorg still bersama sedangkan diaorg saling kutuk mengutuk...jeng3....akhirnya aku jumpa jawapan....si a perlukan si b coz si b ada keta n senang nak ajak brjalan....dia kwn dgn si c plak coz si c tu suka wat mkn2.....itu org panggil persahabatan giler bab*....memang aku rasa nak maki org skrg ni...izinkan aku  #$%^&*@#$$!!!!tak tertaip rasanya dalam blog ni coz aku bukan org macam tu..
macam sia*&^%$% dapat member cam kam*&^%$& gitu!!!!!

nasib baik member2 aku semua baik....insyaAllah untuk selamanya.Aku nak mintak maaf kalau aku ada buat salah kat korang sama ada sengaja @ x sengaja.
sekian
terima kasih

MAAF ANDAI TERKASAR BAHASA YANG DI GUNAKAN.
-SYUKRAN-

Ahad, 28 Mac 2010

HARI YANG INDAH---------->Shaliza yang tulis

28/03/2010 (AHAD)

pagi yang indah awal-awal pagi aku wat tudung salji yang org tempah untuk di hantar dalam pkl10 pagi kemudian pkl10.00 pagi aku kasi jebon (kucing aku) makan ubat kk(panadol)..ini khaizal yang ajar tapi bukan bagi sebijik tapi suku je(panadol tu belah 4) coz jebon kecik lagi.pastu aku mandi dan ke pekan sari.kira dating la jugak dengan si  khaizal tu.pastu aku beli burger 9biji,goreng pisang rm2,tembikai rm4.50 pastu air tebu dan cendol.aku jumpa la mamat ikan yang selalu kacau aku tu.aku saje je bawa khaizal lalu 2kali kat tempat ikan tu.nganjing dgn mamat gatal tu,mamat tu pandang2 je aku,terasa jahat diriku ini.sebelum tu khaizal kenalkan aku dgn sorang gurl..aku pun xkenal sape gurl tu tp cantik la.hehehehe.jeles???xjeles pun…..lau jeles aku bgtau si khaizal dah.huhuhu.

lepas tu si khaizal tu datang rumah aku pastu aku cakap la sian jebon demam..lau ada ayah mesti ayah kasi minum air kelapa,tak sangka plak si khaizal tu nak cari kelapa muda gak.hadoila…..aku pun try cari galah dulu tp hampa la.then si khaizal yang degil ni nak panjat pokok kelapa tu…aku membebel giler2 punyer..ada kew nak panjat pokok kelapa yang tinggi tu…ei…aku pun terus lari dalam rumah dengan harapan dia pun akan ikut tp rupanya dia panjat jugak n taufiq temankan.ei…entah hape2 entah.

Setengah jam kemudian dia naik dan taufiq ambik minyak angin,aku pelik la then aku jenguk kat luar tgk si khaizal tgh basuh tgn dia…bapak banyak luka…budget kuat la mamat tu.geram giler…aku mula nak hangin..inilah akibat org keras kepala…..sian n risau sebenarnya.aku paksa gak dia sapu gamat…niat nak sapukan tp belum masanya aku nak wat itu semua even dalam hati emang nak wat.isk isk isk.mak potong tembikai pastu kami mkn tembikai then aku panaskan mee goreng utk khaizal n seperti biasa dia akn ikut aku ke dapur untuk membantu aku..sweetkan dia tu..emang sweet pun…tambah2 lau senyum lagila sweet..cair2….pastu dah siap panaskan kami pun mkn kat depan(ruang tamu)..kat ruang tamu,khaizal mkn mee goreng pastu aku mkn burger.pastu tetibe khaizal mintak aku tuangkan air..pelik sgt aku rasa coz selalu dia akan tuang sendiri tapi arini dia mintak aku tuangkan..aku pun berfikir maybe tgn dia sakit sangat kot..kesian plak then aku tolong tuangkan.kesian dia.

Tetibe dia cerita kat aku pasal mak dia usap badan dia n say sori coz tak dpt spendtime dgn dia..dia sendiri pelik kenapa mak dia wat cmtu sedangkan dia cakap mk dia tak pernah wat cmtu kat dia sebelum ni pun dan dalam kepala hotak aku pun berfikir..maybe mak dia takut dia akan kehilangan khaizal lepas kawen dgn aku kot sbb tu dia layan khaizal baik cmtu…herm..sedih lak aku rasa macam aku ni jahat plak.aku yang pk jahat then aku yg sedih sendiri..tak masuk akal langsung….wawawa….giler agaknya.tp sebagai tunang emang aku sayang dia tp xda la sampai nak pisahkan dia dengan mak dan dia lebih tahu bahawa syurga dia bawah telapak kaki mak dia,aku pun xnak dia lebihkan aku coz nnt dengan aku2 sekali masuk neraka.hayoyo...

petang pkl3 dia datang semula rumah aku.kami lepak kat kedai ABC depan rumah aku.aku belanja dia mkn rojak.asyik dia je belanja aku sekali ni biarlah aku belanja dia plak.mknla kami dgn rojak dan abc.pastu balik.

Dalam rumah aku mak aku tgk wat bakul telor guna surat khabar tu,apalagi si khaizal ni terus duduk n gulung kertas untuk mak aku,dia kena ada tenik tapi aku memang tak pandai..bukan tak mau cuba tapi lau xjadi aku mudah hangin.si khaizal ni buat sampai jadi bijak betul dia tu,hati terang coz cepat paham apa org ajar..

sebelum dia dtg rumah aku,aku dh bungkuskan dia ikan pekasam dengan kelubi..aku bungkus sediri je mula2 pastu emak dtg  tolong bungkuskan jugak...baik betul mak aku ingt kat bakal menantu dia ni.

oklah...sampai sini je..aku hepi dapat tunang macam khaizal..dia tegas dalam lembut..tegur dgn perbuatan dan bukan perkataan..erk..maksud aku dia tu takda la pukul2 tp dia akn tunjukkan aku contoh yang baik..terima kasih ya Allah kerana Engkau membaeri aku seorg lelaki yang sangat2 sempurna di mataku dan seterusnya menjadi pelengkap hidupku.terima kasih
MAAF ANDAI TERKASAR BAHASA YANG DI GUNAKAN.
-SYUKRAN-

Khamis, 25 Mac 2010

NAJIS

Najis ni terbahagi kepada 3 bahagian:-

1)najis mukhaffah (najis ringan)
-air kencing baby lelaki umur tak lebih 2 tahun baby girl xboleh yer.(yg hanyak mengopek(bhs ganu) ibu tanpa makanan lain)
-Cara nak cuci ambik air pastu renjis kat tempat kencing tu.
-cara menyucikan ni di dapati sewaktu nabi muhammad tgh riba sorang baby laki tetiba nabi rasa basah jer(baby kencing) pastu nabi mintak la air secawan,nabi celup tgn dia pastu renjis kat tempat kena air kencing tu.

2)najis mutawasitah (najis sederhana)
-semua jenis najis kecuali dalam kategori najis ringan dan berat.
-cara cuci ambik air pastu basuh sehingga hilang bau,warna dan rasa.
-dadah,candu itu semua bukan najis.sah di bawa waktu solat..tapi klau arak bila terkena pada baju wajib basuh.

3)najis mukhallazah(najis berat)
-babi dan anjing sahaja
-cara cuci sekali dengan air tanah pastu 6 kali air biasa.
-kalau binatang tu kencing kat tanah cukuplah dgn air bersih sebaldi jer. 
**air tanah ni air yg di bancuh dgn tanah yg suci sehingga keruh air tersebut.**

MAAF ANDAI TERKASAR BAHASA YANG DI GUNAKAN.
-SYUKRAN-

Rabu, 3 Mac 2010

Kemunculan DAJJAL

 Baca doa ni dulu :-
"Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada siksa api neraka jahanam dan dari siksa kubur dan dari ujian dalam kehidupan dan ujian setelah mati dan juga aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan fitnah al-masih ad-dajjal"     (H.R. MUSLIM)

Terdapat 3 fahaman tentang dajjal :-

PERTAMA
Mereka beriman dan yakin dengan semua yang di janjikan oleg rasullulah tentang dajjal.Dajjal adalah manusia keturunan adam yang di beri sedikit keluarbiasaan yang menjadi hak Allah.

KEDUA
Mereka yang terkena tempias fitnah syubhat dan virus rasionalisme.Maksudnya dajjal ini hanyalah simbol kejahatan, lambang kezaliman.Dajjal hanya perlakuan jahat oleh manusia.

KETIGA
Dajjal adalah makhluk besar yang bermata satu dan bertanduk, mempunyai perut buncit tanpa pakian dan kuku yang panjang dan runcing.Menghancurkan semua benda di bumi hanya dengan anggota badannya.

GAMBAR : BEGHAWAN SHRI SATYA SAI BABA

 
 GAMBAR : BEGHAWAN SHRI SATYA SAI BABA
Dia dijuluki sebagai sang avatar ; penjelmaan tuhan penguasa alam semesta yang menitis pada tubuhnya.
ciri-ciri beghawan shri satya sai baba:-
 1) dia seorang lelaki kribo
2) berbadan gempal
3) berpakaian berwarna merah
4) berasal dari KHURASAN 
5) pengikutnya berkata dia berkemampuan menyembuhkan orang lumpuh,buta dan kaser bahkan boleh menghidupkan orang mati serta boleh menurunkan hujan hanya dengan jari telunjuk(macam-macam lagi la)

sai baba mengaku sebagai manusia bijak yang mengajak orang buat baik dan dia nak tegakkan kebenaran dan  menentang kejahatan (macam power rangers).Kadang kadang datang angin meroyan dia cakap dia al-masih yang di janjikan dan kadang-kadang dia cakap dia tuhan penguasa alam semesta.(kalau aku jadi pengikut dia aku mesti suruh dia cipta bumi satu lagi sebab bumi ni dah tua dah pastu pindahkan semua penduduk bumi ni.mesti ketar-ketar terkencing dia nak buat tu semua.)wawawawawa.

sai baba "menciptakan" vibbuti (tepung suci) dari udara,peristiwa ini adlaha kejadian hari-hari yang selalu di saksikan oleh ribuan jemaahnya.Tepung suci itu untuk perubatan biasanya di masak dan di jadikan seperti roti @ bubur.Tepung tersebut tidak henti-henti keluar sampai terbentuk seperti bukit. 

Sai baba datang dengan ajaran yang sangat kental dengan teologi yahudi.

kata-kata sai baba kepada pengikutnya :- 

panggilah aku dengan nama kalian sukai akulah krishna, akulah Allah dan akulah al masih!!

Tuhan harus bermanifestasi sebagai manusia, bergerak di antara orang-orang supaya di dengarkan, di kontak, di cintai, di turuti kata-katanya dan di hargai.Dia harus berbicara dalam bahasa manusia dan bertingkah laku sebagai manusia.kalau tidak, dia kan di sangkal, tidak di pedulikan, di takuti @ bahkan di hindari.

apa yang di kehendaki harus terjadi, apa yang kurencanakan harus berhasil.akulah kebenaran dan kebenaran tak perlu sangsi, gentar atau tunduk 
 

~mari kita semak dajjal dalam islam~

Rasulullah bersabda :-
"wahai sekalian manusia!sesungguhnya tidak ada fitnah di muka bumi ini semenjak Allah menciptakan keturunan adam yang lebih besar sari fitnah dajjal.sesungguhnya Allah tidak mengutuskan seorang nabi,melainkan telah memperingatkan kaumnya akn fitnah dajjal." (H.R. BUKHARI)

Di awal kemunculannya, dajjal berkata ; aku adalah nabi,padahal tidak ada nabi setelahku.Kemudian ia memuji dirnya sambil berkata "aku adalah Rabb kalian padahal kalian tidak dapat melihat rabb kalian sehingga kalian mati (HR Ibnu Majah (11/512-516)

"Dajjal adalah seornag laki-laki yang gemuk, berkulit merah dan berambut kerinting....(HR Bukhari dan Muslim)

"Dajjal akan keluar dari bumi ini di bahagian timur yang bernama khurasan "(HR TIRMIDZI)

"dan di antar bentuk fitnahnya,ia memiliki......dan gunung roti(tepung)"(HR. AHMAD DALAM AL MUSNAD,HANBAL BIN ISHAQ DALAM AL FITAN DAN ATH THABRANI DARI IBNU UMAR Ra.)  

PERSOALANNYA
*Akankah ia menjadi calon pemimpin yahudi akhir zaman?
*benarkah dia dajjal yang di janjikan kemunculannya dari khurasan?
*benarkah ia isyarat akan datangnya al mahdi yang di janjikan?
seperti apakah kedahsyatan fitnah dan syubhat yang di bawa oleg sai abab sehingga puluhan juta manusia tenggelam dalam jeratnya?

MAAF ANDAI TERKASAR BAHASA YANG DI GUNAKAN.
-SYUKRAN-

Ahad, 21 Februari 2010

Si Tunggang Langgang

Kilat sambung menyambung,Guruh berdentum seolah-olah ingin jatuh ke bumi,Angin bertiup kencang seolah ingin memporak perandakan bumi,Laut berkocak umpama seorang berpenyakit pakinson memegang secawan air.Maka bertukar batu si tanggang yang derhaka kepada ibunya dan kapalnya karam di laut.Begitulah penamat cerita si tanggang yg derhaka kepada ibunya.Penangan doa seorang ibu sampai boleh tenggelamkan kapal.Fuyoo...hebat sungguhkan.Aku tak tahula cerita tersebut betul ataupun tidak kan tapi cerita tu bagus sebagai pengajaran kepada anak-anak.

"Zaman-zaman moden ni masih berkesan ke doa seorang ibu?"
soalan ini mak aku bagi pada aku untuk aku jawab dan aku dengan confident level yang tinggi pun menjawab:-
" mestilah jadi mak..doa seorang ibu kan sentiasa jadi sampai bila-bila ,Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”."

confident habis aku jawab soalan emak aku.Emak aku hanya tersenyum.Aku tak tahu la pasal apa emak aku senyum.Pernah tak korang dapat email pasal manusia bertukar jadi haiwan tu?

1) Seorang wanita yang di katakan di sumpah menjadi ikan pari

Ramai betul yang percaya tentang hal tersebut kerana ikan pari tu ada rupa manusia kan?Aku seperti biasa heavy thinkker jadi tugas aku memikir kebenaran cerita tersebut.Antara soalan yang aku fikir :-
    a) Kalau betul la mak dia sumpah kenapa mak dia nak sumpah jadi pari?kenapa mak dia tak sumpah jadi         emas?boleh jugak jual kan..
    b) Dikatakan girl tu melawan mak dia dan terajang emak dia sebab tu mak dia sumpah jadi ikan                         pari.Kenapa mak dia tak blah je dari rumah tu dan tinggal rumah asing dari anak dia.
    c) Ada tak manusia dalam dunia ni berani cakap bahawa cerita tersebut adalah BENAR?

Setelah aku mengkaji dan membaca (cettt....konon la rajin) akhirnya aku dapat jawapan dari cerita tersebut.Sah memang sah itu bukan sumpahan seorang ibu tp SUMPAHAN DARI ALLAH.memang la kan semua yang terjadi atas kehendaknya.buat gempaq pula aku.ikan pari yang berupa manusia tu di panggil GUITAR FISH

 inilah gambar GUITAR FISH yang menjadi kontrovasi suatu ketika dulu.Ngeri betul aku tengok gambar pari ni,memang ada rupa manusia sikit-sikit la sebab nampak macam mata dan mulut tu kan.So masing-masing ada otak kan,korang nilai sendiri la dan jangan biarkan orang perbodohkan korang sesuka hati mereka.Abang ni post slumber je macam tak ada perasan je.hik hik hik.


 2) Ini di sumpah kerana melarikan diri dari rumah.

Aku tak tahu la korang pernah dengar atau tak cerita manusia yang di sumpah jadi monyet kerana dia lari dari rumah,katanya tak suka di kongkong oleh parent.Kepada yang ingin lari dari rumah tu baik fikir betul-betul siapa lagi yang mampu tegur korang tentang baik dan buruk sesuatu perkara yang korang buat selain daripada ahli keluarga korang.fikir betul-betul jangan terlalu ikut perasaan darah tak berapa muda morang tu k.Jadi marilah kita sama-sama saksikan rupa orang kena sumpah jadi beruk tu.

Sama-samalah kita berdoa semoga kita tak tergolong dari golongan anak derhaka k.Setiap kali aku tengok gambar ni guling-guling aku ketawa.Naya betul kat monyet tu.hak hak hak hak hak hak














p/s Hargai ibu ayah kita sementara mereka masih ada.

MAAF ANDAI TERKASAR BAHASA YANG DI GUNAKAN.
-SYUKRAN-

Rabu, 17 Februari 2010

Mengawan Time

Semalam aku menonton di televisyen sebuah dokumentari.Lepas tu terlintas dalam kepala hotak aku yang sentiasa memikir ni tentang cuti sekolah.Korang perasan tak kalau musim cuti-cuti sekolah kan banyak betul undangan kenduri kahwin kan.Lepas sorang-sorang lagi kawan aku kahwin...Alhamdullilah..makin banyak masjid di dirikan kat malaysia ni.Boleh di katakan time cuti sekolah = musim mengawan.hik hik hik.

Sekarang kita patah balik ke cerita dokumentari tadi,tajuk gempaq astro betul "DYING FOR LOVE" menarik sangat,aku mula-mula ingat kisah manusia bodoh yang bunuh diri,aku pun dengan keropok sebakul (agak melampau lak pembilang aku tu) aku mengunyah sambil tunggu apa yang akan di paparkkan.Sekali keluar haiwan-haiwan yang mengawan sampai mati.pergh...!!!! aku tak pernah tahu,mengawan pun boleh mati.Antara haiwan yang sanggup mati masa mengawan adalah :-

 1) kala jengking


Langkah pertama kala jengking jantan akan usyar kala jengking betina tu dalam seminggu.Selepas alamat di ketahui dan satus single(tak kisah la dara @ janda) hik hik hik Then kala jengking jantan akan ajak kala jengking betina tu keluar.Kala jengking ni akan pergi rumah kala jengking betina tu.Fuyoo...gentlement tu.Kemudian kala jengking jantan akan mengajak kala jengking betina menari..tararam...tataram..tataram...masa tu maybe sesi penyesuaian la kot,Kemudian kala jengking jantan akan membawa kala jengking betina ke satu kawasan yang sunyi ,yang mana kala jengking jantan sudah pun melepaskan spermanya di kawasan tersebut.Bijak-bijak.Kala jengking ini akan mengawan di kawasan yang telah di tandakan oleh kala jengking jantan.Apa kaitannya dengan DYING FOR LOVE??ha...Perhatian!!! jika kala jengking jantan tidak berjaya memujuk sang betina ke tempat yang kala jantan tu dah cop tadi maka kala jantan akan di bunuh oleh kala betina.wawawawa..Means kala jantan perlu bersedia untuk mendapat maut.Dahsyat betul la.Yang best kalau kala jantan berjaya maka kala betina tu milik dia untuk selamanya kerana kala betina ni setia pada yang satu!!

2) Ikan jerung

Kita semua tahu yang ikan jerung ni sangat ganas dan kita akan membayangkan keganasan yang di lakukan ketika mengawan kan?ya..tepat sekali,haiwan ini sangat ganas tetapi bukanlah pada waktu mengawan kerana haiwan ini sangat manja ketika mengawan.hik hik hik.betul la cakap orang "Don't judge a book by it's cover".Shark betina akan membuat aksi-aksi menarik depan shark jantan (macam GRO la lebih kurang),kemudia si jantan akan mengikut si betina dan si betina akan lari ala-ala gadis malayu yang malu ketika di risik orang.hahahaha...Biasa la jantan mesti akan kejar dengan lebih laju,kemudian bila si jantan dapat kejar si betina,si jantan menggigit sirip paketoral(sirip yang di gunakan untuk menujah air)dan masa itu si betina akan meronta-ronta sekuat hati.(dah macam aksi rogol dah) shark jantan kena tarik shark betina hingga mencecah dasar laut baru la si betina akan tunduk pada si jantan.(masa ni aku tengok macam smackdown dah) hik hik hik.Sekiranya shark jantan tidak berjaya mengalahkan betina maka si jantan akan di serbu oleh shark jantan yang lain namun jika menang, shark jantan tersebut dapat lakukan apa sahaja ke atas si betina.Maknanya shark jantan perlu bersedia untuk di belasah oleh shark lain.Mengagumkan dan sangat menarik.

3) Labah-labah

 Seterusnya labah-labah.Seperti yang kita tahu bahawa labah-labah pernah menyelamatkan Nabi Muhammad s.a.w ketika baginda di burui musuh.Masa baginda masuk ke gua utnuk menyembunyikan diri Allah telah memerintahkan labah-labah supaya membuat sarang di hadapan pintu gua tersebut.Dari situ kita tahu bahawa labah-labah sentiasa sanggup mengorbankan dirinya untuk yang di sayanginya.Begitu juga ketika proses mengawan.Pernah tak korang melihat rangka labah-labah yang kering?pernah tak korang berfikir kenapa labah-labah mati dalam keadaan begitu?dan sekarang aku ada jawapannya yang agak memeranjatkan aku.semasa mengawan labah-labah jantan akan melayan labah-labah betina seperti permaisuri.Orang putih cakap first class la kan.Labah-labah ni haiwan yang romantik jadi sebelum dia mengawan labah-labah jantan ni akan membelai sang betina kerana dia tahu sang betina akan sakit dan selepas proses mengawan selesai labah-labah jantan akan mengorbankan dirinya kepada labah-labah betina dengan membiarkan dirinya di makan oleh sang betina kerana sang jantan percaya kekasihnya kepenatan.Maksudnya di sini,labah-labah jantan pasti akan mati setelah berasmaradana.Tragis sungguh.Besar pengorbanannya kepada sang kekasih.

Begitulah kisah 3 jenis haiwan yang "DYING FOR LOVE" di sini aku nak selit sikit adegan asmarada sang kura-kura.Ini asmara je tiada pengorbanan untuk mati pun tapi yang melucukan aku kura-kura jantan naik kat atas badan kura-kura betina boleh korang imaging tak betapa lembabnya adegan mereka sehingga mengambil masa 3jam untuk menyelesaikan adegan lucah tu,dengan cengkerangnya lagi lepas tu dengan proses tujahan yang lembab...wakakakaka...

p/s korang jangan jadi macam haiwan k!!!

SYUKRAN

Selasa, 16 Februari 2010

Selamat memulakan pengembaraan bersama aku

Hari ini aku memulakan blog aku.Aku akan cuba berkongsi segala ilmu yang aku memiliki untuk semua yang sudi membaca hasil kerja aku ini.Setiap perkenalan wajiblah di ketahui dengan nama.Nama aku khaizal,aku berasal dari pahang,sebuah negeri yang di kenali sebagai hutan malaysia.Rasa macam nak menyanyi pula
~sungguh indah negeriku pahang darul makmur kaya hasilnya seluruh tumbuhan hidup subur,rakyatnya bersatu hati,giat kerja dan berbakti,sungai pahang pusaka yang bersejarah~
aku tak ingat semua dan aku rasa lirik ni pun ada sedikit salah.hehehehe...sorry la aku bukan penyayi @ penulis lirik.atlease aku ingat jugak lagu koir aku time sekolah dulu-dulu.Aku akan update ceita atau ilmu yang aku ada nanti.mungkin juga yang ada kaitan dengan hidup aku.lain kali kita berjumpa lagi.

SYUKRAN