SELAMAT DATANG

Ahad, 21 Februari 2010

Si Tunggang Langgang

Kilat sambung menyambung,Guruh berdentum seolah-olah ingin jatuh ke bumi,Angin bertiup kencang seolah ingin memporak perandakan bumi,Laut berkocak umpama seorang berpenyakit pakinson memegang secawan air.Maka bertukar batu si tanggang yang derhaka kepada ibunya dan kapalnya karam di laut.Begitulah penamat cerita si tanggang yg derhaka kepada ibunya.Penangan doa seorang ibu sampai boleh tenggelamkan kapal.Fuyoo...hebat sungguhkan.Aku tak tahula cerita tersebut betul ataupun tidak kan tapi cerita tu bagus sebagai pengajaran kepada anak-anak.

"Zaman-zaman moden ni masih berkesan ke doa seorang ibu?"
soalan ini mak aku bagi pada aku untuk aku jawab dan aku dengan confident level yang tinggi pun menjawab:-
" mestilah jadi mak..doa seorang ibu kan sentiasa jadi sampai bila-bila ,Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”."

confident habis aku jawab soalan emak aku.Emak aku hanya tersenyum.Aku tak tahu la pasal apa emak aku senyum.Pernah tak korang dapat email pasal manusia bertukar jadi haiwan tu?

1) Seorang wanita yang di katakan di sumpah menjadi ikan pari

Ramai betul yang percaya tentang hal tersebut kerana ikan pari tu ada rupa manusia kan?Aku seperti biasa heavy thinkker jadi tugas aku memikir kebenaran cerita tersebut.Antara soalan yang aku fikir :-
    a) Kalau betul la mak dia sumpah kenapa mak dia nak sumpah jadi pari?kenapa mak dia tak sumpah jadi         emas?boleh jugak jual kan..
    b) Dikatakan girl tu melawan mak dia dan terajang emak dia sebab tu mak dia sumpah jadi ikan                         pari.Kenapa mak dia tak blah je dari rumah tu dan tinggal rumah asing dari anak dia.
    c) Ada tak manusia dalam dunia ni berani cakap bahawa cerita tersebut adalah BENAR?

Setelah aku mengkaji dan membaca (cettt....konon la rajin) akhirnya aku dapat jawapan dari cerita tersebut.Sah memang sah itu bukan sumpahan seorang ibu tp SUMPAHAN DARI ALLAH.memang la kan semua yang terjadi atas kehendaknya.buat gempaq pula aku.ikan pari yang berupa manusia tu di panggil GUITAR FISH

 inilah gambar GUITAR FISH yang menjadi kontrovasi suatu ketika dulu.Ngeri betul aku tengok gambar pari ni,memang ada rupa manusia sikit-sikit la sebab nampak macam mata dan mulut tu kan.So masing-masing ada otak kan,korang nilai sendiri la dan jangan biarkan orang perbodohkan korang sesuka hati mereka.Abang ni post slumber je macam tak ada perasan je.hik hik hik.


 2) Ini di sumpah kerana melarikan diri dari rumah.

Aku tak tahu la korang pernah dengar atau tak cerita manusia yang di sumpah jadi monyet kerana dia lari dari rumah,katanya tak suka di kongkong oleh parent.Kepada yang ingin lari dari rumah tu baik fikir betul-betul siapa lagi yang mampu tegur korang tentang baik dan buruk sesuatu perkara yang korang buat selain daripada ahli keluarga korang.fikir betul-betul jangan terlalu ikut perasaan darah tak berapa muda morang tu k.Jadi marilah kita sama-sama saksikan rupa orang kena sumpah jadi beruk tu.

Sama-samalah kita berdoa semoga kita tak tergolong dari golongan anak derhaka k.Setiap kali aku tengok gambar ni guling-guling aku ketawa.Naya betul kat monyet tu.hak hak hak hak hak hak














p/s Hargai ibu ayah kita sementara mereka masih ada.

MAAF ANDAI TERKASAR BAHASA YANG DI GUNAKAN.
-SYUKRAN-

7 ulasan:

shaliza berkata...

kelakar giler tgk rupa berok tu...hak hak hak

wenk berkata...

buruk perangai ko tgk gambar sambil guling2...bertobat lar,,,,hahahha

ALANG berkata...

wenkhadi : eleh..aku rasa ko lagi teruk dari aku hadi lau tgk benda yg ko rs kelakar...rasanyer kaki kat atas ni

wenk berkata...

boleh lak cakap macam tu...beruk sarkas ke tu??

ALANG berkata...

wenkhadi:hahaha...beruk peliharaan orang la..cute kan....

wenk berkata...

keh2...ntah mane gambar ko tibai ni aku pon xtau

ALANG berkata...

hahaha...mesti ko suke giler kan tengok gambar ni kan...kekekeke..cute giler..aku siap wat wallpaper lagi...bos aku pun suke giler